Ahad, 26 Januari 2014

HB Rendah Semasa Hamil




Assalamualaikum semua...

Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat semuanya.

Berbalik kepada title hari ini, tentu sekali ibu hamil biasa mendengar term HB. Jika kita hamil, setiap kali kita ke klinik untuk pemeriksaan, nurse akan mengambil sedikit sample darah di jari kita. Itu bertujuan untuk memeriksa paras hemoglobin. HB atau nama lainnya juga dikenali sebagai anemia. Jom kita lihat apa fakta mengenai anemia.


Apakah HB Rendah/Anemia?
Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin.

Punca HB Rendah
Ada beberapa sebab terjadinya masalah ini ketika hamil. antaranya ialah:
  • Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
  • Ibu yang kerap hamil 
  • pendarahan dari faraj atau buasir
  • lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman
Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah
  • Kulitnya kelihatan pucat
  • Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
  • Rasa cepat letih dan lesu
  • Cepat mengah
  • Jantung cepat berdebar-debar
Akibat daripada HB Rendah
  • Mungkin mengalami keguguran
  • Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
  • Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Anak mati dalam perut

Jadi ibu-ibu hamil sekalian, jagalah kesihatan ketika anda hamil ya. Sekarang ni, anda kandungkan satu lagi nyawa dalam badan anda. Walaupun masih dalam perut, ia sudah pun menjadi amanah kepada anda untuk menjaganya sebaik mungkin.

Ok, bagi ibu-ibu yang nak cuba naikkan paras HB boleh cuba Vitalea keluaran Shaklee. Ada akak kongsikan di
SINI mengenai Vitalea ye.

Dan sebaiknya, ibu hamil yang inginkan kesihatan optimim ketika hamil, boleh dapatkan set Hamil dari akak ye. Ada juga akak kongsikan di
SINI.

psssttt: Harga Budget juga ada ye....



Untuk Maklumat Lanjut boleh Hubungi:
^---------^

Email : arzaiziyaharifin@gmail.com
H/p : 017-9265273
Shaklee ID : 891707

Tiada ulasan :

Catat Ulasan